Wednesday, December 21, 2011

Hepatitis B - Where to Go??



Nurse yang buzi ng keja2 masing2

15th Dec. 2011

Appointment Zulaikha dengan 'klinik bayi' untuk cucuk bayi berumur sebulan.. on tis day..around 12.15pm sampai la kt klinik nearby ng umh atok.. tgk ramai ibu & kanak2 dah nk balik..yela schedule 8.00am - 1.00pm.. then nurse rest 1 hour 1.00pm - 2.00pm..continue 2.00pm - 4.30 pm..

Tak sempat mak nk snap pic zulaikha timbang berat ng cucuk.. hoooo pergi sini semua kene cepat.. duduk sesaat nama dah kene pangil...wow efficient nye.. yela Gomen bahagian kesihatan mmg kene cepat kan.. 'kementerian' yg lain.. as usual la mesti ada complain dr semua org.. huhuh (sowi have to say,its true )..

1st.. daftar then nurse akan timbang bayi,ambik ukur lilit kepala bayi,panjang bayi then ibu pulak kene check urine test,blood test,lay down on bed tok nurse check perut to make sure rahim dah kecut.. then baru la injection to zulaikha..

dekat sini ada 2 tmpt.. satu tok timbang bby ambik all the detail baby.. then satu lagi tempat (tk de berapa jauh,just a few step je) for injection to baby..hoo..before that masa yamen dulu mak pegi swasta aje.. tk kose a.k.a malas ng belagak tk mo inject dekat gomen nie.. tp now mak dah tau.. buat hape byar mahal2 just injection which the same medicine.. skg dah ok klinik bayi nie.. its FREEEE.. haaa dari korang bayar RM 100++ kan.. jarum pun bukan besoo dah.. halus je..

Ngiss zulaikha kene inject hahah.. sabar ek.. for 1 month bby have to be injection for Hepatitis B.. nape??? ne la sebab nye.. :-

Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Bagaimanakah seseorang itu tahu bahawa dia telah dijangkiti Hepatitis B?

Anda akan mengalami tanda-tanda penyakit ini dalam masa 45-160 hari dari hari anda mula dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit ini jika berbanding dengan kanak-kanak. Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :

Penat
Sakit kuning
Gatal-gatal
Hilang selera makan
Hilang berat badan
Sakit perut
Sakit-sakit sendi

Apakah perjalanan semulajadi jangkitan kuman ini?
Kebanyakan orang yang telah dijangkiti akan pulih sepenuhnya. Sebilangan kecil akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati yang boleh membawa maut. Ada juga yang akan menjadi pembawa virus Hepatitis B yang kronik selepas pulih dari jangkitan awal Hepatitis B.

Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:

Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
Barah hati
Adakah jangkitan Hepatitis B boleh dirawat?
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan awal hepatitis B. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:

Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak
Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar
Elakkan arak/alkohol
Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil untuk penyakit kronik yang lain
Pesakit radang hati yang kronik (chronic hepatitis) mungkin boleh dibantu dengan ubat interferon atau lamivudine.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari dijangkiti hepatitis B?

Hepatitis B boleh dielakkan dengan :
Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contohnya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang
Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau pencukur)
Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah
Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV.


Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur dan populasi masyarakat yang tertentu. Contohnya:

Mereka yang belum pernah mendapat pelalian hepatitis sebelum ini
Mereka yang terdedah kepada orang yang dijangkiti dengan Hepatitis B di rumah atau secara seksual
Mereka yang terdedah kepada darah atau produk darah
Kakitangan kesihatan
Pesakit-pesakit dialisis
Untuk ibu mengandung yang dijangkiti hepatitis B, anak anda perlu diberi immunoglobulin Hepatitis B secepat mungkin setelah lahir dan ini diikuti dengan pelalian vaksin.


hoo baru tau..

So bahaya kan if baby tak ambik injection Hepatitis B..

No comments:

Post a Comment