Friday, June 21, 2019

Travel to New Zealand (Day 3) Sampai sudah di Christchurch

Day 3 (04.08.17)

Perjalanan mengambil masa 1jam 30minit, korang malas nak bukak map tengok dekat picture bawah ne. New Zealand ne ada 2 benua terpisah Auckland & Christchurch. Apa yang best sangat pergi ke CHC ne, ha kat sini la banyak aktiviti lasak yang mencabar (cth: buggy jumping, kayak, bebasikal di kaki gunung, naik heli ke gunung2, berkemah, eh banyak lagi lah)

Dah klik sini jangan malas nak membaca (huhahaha)
https://www.christchurchnz.com/what-to-see-and-do/adventure/

Image result for auckland to christchurch map
Auckland ke CHC 

 7.40am lebih kurang masa to, memang cuaca sejuk nak meteyyy weii, turun2 je kapal terbang berdesup2 kitaorang 'merokok' dengan 2 puteri to pun sama muhahaha. Bapak aihh cuaca sejuk gile yelah musim sejuk belum abis lagi, nak2 pergi ke selatan NZ sejuk lagi lah jawabnya. En.G pun suke kemain le dia, ne baru betoi2 pergi negara omputeh katanye (huhahaha) 

 Airport CHC (kecik jek but selesa)


 Alhamdulillah sampai jue ku di sini bersama family 
acehhhh acehhhh kasi le can!

 Kita snap pic dulu sebelum ambik beg2 & pergi ke port ambik caravan. Ha meh nak cita sesat aku mencari pit stop van untuk ke depot Caravan. Jenuh menghidu udara sejuk, kering tekak2 aku. 

 Kaki kami Ber4 dah sampai di CHC 

 Belakang to CHC Airport dekat town aje wei.


Time ne sesat mencari pit stop Van untuk ke depot Caravan, tapi tetap snap gambar. Arca dia cantik konsep pantulan cahaya kot. (yeyeooookkk je aku ne). Ne bahagian depan Airport ye jalan sikit ada tempat parking kereta. Pit stop aku dekat tepi sebelah kanan.


 Dah 15 minit aku duk berlegar dekat luar ne, mane le pit stop Van ke depot Caravan ne wei. En.G & 2 puteri to dah gigil kesejukkan so masuk dalam bilik panas, kalau dekat Malaysia ruang merokok. Aku ne terpaksa melilau mencari sebab aku mastermind nye. 

 Sebelum to aku memang dah call (public phone dalam Airport) pit stop dekat mane, di sebab kan aku tak berapa jelas dengan slang NZ omputeh ne lain dengan UK slang so ada keliru sikit. Melilau punya jauh ke belakang aku berjalan, padahal dekat sangat dengan aku punya tempat arrived to, keluar sikit dari bangunan dah jumpa pit stop nye alahaii. 

Sewa Britz Caravan
Aku sewa dalam 5 hari (minium days to rental) booking dekat website dia, boleh percaya ya. Macam mane nak booking nak pilih Caravan yang sesuai semua korang boleh layari laman web di bawah:-


Dari Airport CHC ke RV Sport Centre tak jauh dalam 3km (Orchad Road) aje so ambik masa 15 minit naik kereta or van. Sampai aje dekat sana, aku dah ngtuk gile sebab jet leg dengan tak cukup tidur. 

 Sementara menunggu Minah Britz siapkan segala borang perlu di isi meh tengok gambar office dia. 

 Jom pergi jumpa Caravan Mercedes


Dapur, sinki & pekakas semua lengkap 

 Ok Be nice to Us ye Mercedes!!

 Ku pinjam badan mu Carvan Mercedes HQC 

Wajib kanak2 pakai Car Seat. 

Info Caravan yang aku sewa 

Booking online dekat atas link tadi. Korang boleh pilih mana yang sesuai & bilangan orang yang ada, if not polis merata2 boleh saman kalo lebih muatan. Lagi pun mana selesa kalo katil tak mencukupi, sempit. Caravan aku sewa ada 2 katil bahagian atas & bawah (queen size) if korang badan besar memang tak muat. Toilet ada & dapur sekali dengan pekakas, 4 bantal, selimut.

Aku guna toilet untuk kencing darurat sahaja sebab malas berbau dengan kecian En.G kene buang sisa kumbahan (huahahu) so mandi & buang hajat anak beranak dekat toilet campsite.

Ini lah keadaan Caravan yang aku sewa. Atas to katil bawahnya (langsir) tempat memandu, orang badan besar tak galak kan tidur di atas, ruang kecil sikit sebab bahagian hujung agak menirus. Sejuk gile tidur dekat bahagian atas ni, bahagian ne En.G & yamen tidur. Tepi kanan tempat makan bertentangan dengan dapur. Toilet tepi kanan jugak selepas meja makan. Katil lagi satu belakang sekali (yg aku tengah duduk tangkap gambar). 


* Sewa 5 hari minimum RM 1,500.00 (NZ 497.50) murah sebab musim sejuk
* 2 bath voveger (2019 Caravan baru)
* Lesen Malaysia laku asalkan hidup & biasa bawa Van
* Deposit kereta sekiranya berlaku kemalangan akan di tolak daripada credit card (Liability   Reduction Option (aku dah lupe berapa kena)
* Petrol isi sendiri (mula dapat petrol penuh, time nak pulangkan kena la full tank jugak)
* Gas memasak (sama kes macam petrol)
* Tax perjalanan kene bayar mengikut jarak Km yang korang bawa Caravan (KM di kira semasa hantar caravan pulang)
* Ikut had kelajuan Caravan 60km/hrs sahaja.

Ini aku listkan separuh sahaja term & condition nya, korang kene baca betoi2 sebelum nak sewa caravan ne. Dalam website T&C boleh di baca dan pahamkan. 










Thursday, June 20, 2019

Travel to New Zealand (Day 2)



Day 2 (04.08.17)

Aduh mak aiii.. tak puas tido dekat katil empuk hotel ne, dah kene bangun waktu orang bermimpi 3.30am dah kene turun ke bawah naik bus ke Airport. So we are going to Christchurch Yehhhh!!!
Ikutkan memang rugi book hotel untuk tidur berapa jam aje memandangkan aku ne bawa anak kecik tak kan le nak merempat dekat Airport to pulek, bujang boleh le.

 Bergambor le sebelum bus sampai

 Sejuk woit mulut berasap2 bila bercakap

 Us 

Atas bumbung Hotel to ada patung Burung Kiwi gedabak besar

  Airport Auckland (blur sebab tangan aku gigil kesejukkan)

 Masa ne aku masih lepak2 relex sebab kaunter belum bukak untuk check in 

 kedai kopi dalam Airport Auckland 

 Aku naik Jetstar untuk 4 orang RM 3,200.00 return (murah okey)
Flight pukul 6.30am 

Ok boleh Check in thru Self Service Tab

 Sebelum gate bukak kiteorang breakfast McD 
(kopi dia letak mashmellow eeeewee tak sedap) 

 Order Pan Cake & Fish Filet dengan kopi & Teh (itu je pun yang boleh)

 Mesin makanan ringan ne memang menduga keimanan aku hahahhahha
Macam2 keropok & coklat tapi tak Halal so aku glup2 tekak aje dengan anak aku

 Around 6.15am dah boleh naik flight Yess!!

Yamen
 En.G
Zulaikha 




Matahari Terbit (Sunrise)





Waktu matahari nak naik to MasyALLAH cantik nye aku dapat tengok depan mata sebaris dengan cahaya pantulannya. Aku dapat tangkap gambar sipi2 aje sebab kanta camera mane sama dengan mata kita, gambar jadi pecah. 

Ps:- Sebelum masuk dalam kapal terbang, waktu subuh dah ada dalam pukul 5.47am, toilet bersebelahan dengan pintu gate masuk senang aku & laki aku nak ambk wuduk. Solat dekat celah blok tepi pintu yang kosong sama dgn group awek2 single.waktu ne kene cepat sebab pintu dah bukak ready nak masuk dlm perut kapal terbang.

Tuesday, June 18, 2019

Travel to New Zealand 2017 (Day 1)



Day 1 (04.8.17)

Fuhh.. lama nye tak hupdate cerita pergi NZ ne, asyik tangguh dengan kerja2 rumah dengan si Luqman (3 bulan). Jom aku cerita, layan gambar senang nak faham lagi pun aku nak cepat buat nye luqman bangun langsung postpone lagi adeihhh. 


 10.30pm (check in)

 KLIA 2 

 Yamen duduk dekat row sebelah aku 
(berani dia)

 Menu aku Nasi Lemak Pak Naseer (purchase online siap2) 

 Zulaikha kepenatan lagi pun waktu Malaysia 12.00pm (midnight) 

Gold Coast (Aussie)

Flight aku sampai ke GC pukul 8.30am (waktu Malaysia) tapi dekat sana around pukul 10.30am. Beza waktu KL - Australia adalah 2 jam awal . Perjalanan dari KL ke GC 8 jam 30 minit paling cepat. Ok sampai je dekat CG semua penumpang kene turun selama sejam untuk pemeriksaan pihak kastam di sana. Ada penumpang turun ke CG dan ada yang naik dari CG untuk ke NZ. 


 cuaca sejuk berangin (warghhh ngantuk)

 penumpang turun ke GC wajb isi borang ini

 Ready fly to NZ.Yehhhh!!


Auckland (05.08.17)

Sampai di sana pukul 5.00pm (dah gelap sebab musim sejuk) Perjalanan selama 3 jam berjalan lancar, tak de sebarang masalah Angin or ribut Alhamdulillah. Aku, husband & anak2 tidur tapi tak selesa la maklumlah tempat duduk ekonomi AA tegak weii bukan Business Class Muahahahah. Nz awal 3 jam dari waktu tempatan GC.

 Yeh!! Arrived at Auckland 

Wajib isi borang untuk pihak kastam dekat NZ  

 Isi untuk kesemua Ahli yang ada termasuk lah bayi 

 Muka ceria la lepas dari pandangan mata tajam si mat seleh kastam to. 

Berdebar jugak hati aku waktu to, mujur la aku ada bawa semua list booking Hotel & Caravan. Si mamat seleh Kastam to Aim kiteorang sebab aku pakai tudung kot, next time aku pakai turban lah muhahaha. Oh yes, mamat seleh kastam to sengaja duduk belakang pegawai kastam yang  cop passport aku. Kalo korang nak tahu, ada sorang mamat (macam muke indonesia) kene tahan dengan mamat saleh kastam to. Oh!!! men. Kastam NZ sememangnya tegas dalam bio security law derang, so apa yang korang bawa pastikan semua nya di bagi tahu, jangan bawa perangai M'sia duk sorok2. Abis korang nanti!

Tips : Bawa satu file semua itinerary dan print kan contoh Booking flight, booing caravan, booking hotel & list ubat-ubatan & makanan. 


 Korang nampak belakang Rak to ada banyak booklet kan, jangan pandang remeh dalam to ada banyak coupon tau. Segala aktiviti contoh buggy jumping ada discount coupon, rugi woo tak ambik. Aku ambik booklet untuk guide aja memandangkan aku buat aktiviti extreme. 

Airport Auckland 
(Pahlawan NZ kot)
Food Court ada dekat bahagian atas, kedai kebab Halal ada satu dekat hujung tanjung. 

Aku semua makan mcD (Fish Fillet ala-cart)
Bahagia bawah hujung depan dengan kedai Dunkin Donuts 

 Tunggu Bus ke Kiwi Hotel (Free) 

 Sejukkk gile, Bus Hotel Kiwi warna Kuning 

 Dalam Bus ke Kiwi Hotel. Beza dengan bus M'sia ada tempat letak bagasi. 

Yamen 8 tahun dah dapat pergi NZ 

KIWI Hotel

Aku sampai dekat Kiwi Hotel naik bus dalam 20 minit dari Airport tak lama sebab dia pusing ke Hotel2 yang lain. Aku booking online (Booking.com) lagi jimat dari ko walk-in, bilik aku duduk 2 katil queen RM 300.00++. Sampai dekat Hotel dalam pukul 8.00pm waktu tempatan sebab aku makan McD dan pusing2 dalam Airport to, tunggu bus lama jugak nak sampai dalam 30 minit. Aku kene gerak pukul 3.00am sebab flight aku ke Christchurch pukul 5.00am. 

Gallery image of this property
Gambar pak google 

 Keropok ni paling aku suka makan, sedap bak hang 
NZ dollar 2.00 

 Lipton dekat M'sia pun ada 

 mesti cuba kopi dia 

 Kaw gile kopi dia 

 Keropok ni pun sedap 

 2 beradik penat 



Suasana bilik kami 2 katil queen 


ok lepas ne bersambung ke Christchurch, kena check put 3.00am untuk naik bus ke Airport flight ke CHC 5.00am. Fuhhh, jet leg dah ne.