Kisah nya, sebelum kejadian kesejukkan nak betol kan Main Plug Electric untuk Caravan kami buat aku mengigil ketap2 gigi tahap paling kronik aku rasa sejuk nya. Di sebabkan Power Electricity tak ada so aku pergi la rumah TV untuk caj battery HP, masa nak keluar dari Caravan to aku pandang la gunung berhadapan dengan park, MasyALLAH aku takut gile sebab gunung to besar berwarna putih waktu to pandangan aku seimbas je. Rasa macam gunung to nak 'Telan' aku, then aku pandang atas langit Ya ALLAH betoi la orang cakap memang cantik, aku tak pernah tengok berJUTA JUTEEEE bintang di langit. But sayang aku kepenatan so aku tertidur dalam niat mulanya nak bangun untuk Snap gambar dekat luar. Mr.G pun cakap benda yang sama but tak ada rejeki kami sama2 tumbang kepenatan anak beranak. Oh Sayang nye weiii...
The Next Morning, Next Destination is Queenstown
Ramai dah cabut ke destinasi masing2 waktu ne
Campsite maximum keluar pukul 10.00am. Oh aku sewa tapak dekat Lake Tekapo RM 300.00 ++ Semalam Sahaja.
Musim Panas & Musim Bunga Lake Tekapo memang cantik gile
Masa ne Mr. G umur 38 muda lagi, tapi kebas tangan & kaki rase macam nak tercabut katanya.
Gunung dekat belakang to yang buatkan aku ketakutan di waktu malam Huahhaahah
Kulit Muka aku dah Kering, Bibir dah Lebam Sejuk. Ok petua nya tekak kering aku sentiasa minum air masak suam untuk elakkan Batuk & normalkan suhu badan.
Rumah kayu to Dapur untuk memasak dengan Toilet
Isi Air untuk Toilet & Sinki Dapur
Mr.G lepas buang segala sisa kumbahan
Port Wajib ambik gambar
Korang kalau datang waktu musim bunga memang meriah dengan bunga Lupin yang warna Ungu tu. Musim Sejuk memang tak ada bunga ye kering kontang.
Oh Cantik permandangan sayu sangat hati aku tengok. Macam2 aku terpikir Eh macam mane ek orang tersesat dekat dalam gunung bersalji macam to boleh hidup ke?
Church Lama waktu ini pun ada majlis perkahwinan sedang berlansung.
Suka aku Family Portrait 2017
I LEBYYYY U Mr.G
Waktu macam gini la Jelawat nak hinggap dekat dahi.. haduhh
Tongkat Sakti ini aku pinjam dari Abah aku
Sebijik macam Gadis Vietnam kuang3x
Mr.G bagitau nak datang lagi sini, cakap singkat gile cuti dekat NZ ne!!! Eh wahhh ari to kemain marah2 aku, tak boleh cuti lelama. Aku jugak yang tepuk dahi sambil kuis kaki pasir dekat tanah.. Masakkk la weii.. layan kan aje.
Mr.G tak sangka, teror bawa Caravan. muax cikediessss sikit
Tetiber ada Salji, memang keadaan NZ begini kejap korang akan nampak Salji depan lagi korang akan lalu tempat kering segala tanaman nya. Hebat ALLAH buat.
Pit Stop Lake Pukaki dah macam nama Tasik kene Maki aje .. Tasik ini paling besar dan cantik menurutnya.
Aku singgah aje Lake Pukaki sebentar, lepas to teruskan perjalanan ke Queenstown
Tak tau la nape kambing biri2 ini, Art dekat sini? mungkin tanah jajahan dia hik hik
Lake Pukaki
Dalam 30 minit jugak aku duduk tengok & tangkap gambar dekat Lake ini, lepas to gerak menuju ke Queenstown. Eh tiber nampak pit stop ada salji apa lagi turun.
Waitaki
Mr.G cakap next time kita naik dekat gunung Mont Cook pulak main Salji benar benar belaka. Eh bila to!!!
Kami ber4 saja yang main Salji keras !
Hidung aku dah macam Badut Sarkes. Sakit Sengal hidung wei
Zuleqa takut pergi jauh sikit sebab kasut nya licin.
Aku nak Upload Video main salji tak boleh pulak
Jom lepas to ke mana kita!!!
Teruskan perjalanan selama 3 jam 30 minit .. Fuhhh
Mr.G suruh buat video. Tayammmm u
Ok Then sambung nanti bila dah sampai Ke Queenstown sebab dah pukul 3.30am ne. Ok sebelum to perjalanan banyak melalui pekan2 kecil Twizel, Omarama, Cornwell, Arrowtown. Aku ada singgah beli Subway dekat Arrowtown beli Tuna je wei sebab lapar sangat. Mr.G tak nak sebab rasa Was-Was.
Ada nampak lampu2 depat to la Queenstown, masa ne dalam pukul 7/8 pm. Aku rasa cadangkan korang kalau nak datan musim Sejuk kene duduk lama sebab masa terhad sangat 4.30pm dah gelap (magrib) lepas to pulak perjalanan Jauh dari satu tempat ke tempat yang lain. Paling2 pun ambik masa 3/4 Jam perjalanan. Anak2 aku sepanjang jalan tidur kecian derang tidur dekat meja makan. Jalan nya pun gelap & sempit tau so kalau korang tak cekap or mengantuk memang Bahaya!!!
Lapar kan semua, Jom makan malam
Yamen dah kenyang.
Campsite aku pergi dekat tengah2 Queenstown bahagian atas nama
Nite daa.. bersambung zzzzz.....
No comments:
Post a Comment