21.04.2013 (Salji di Banjaran ALPS)
Alahai, dah rindu sangat dengan anak ne. Ada jugak SMS dengan laki aku, zaman ne aku tak de whatapps der. Lepas abis pergi ke Italy aku punya misi pertama dulu adalah naik ke atas banjaran ALPS yang depan rumh Pak Alem untuk naik Salji.
Ahad, so ET stay dengan Adel sebab tak de kelas, bawak sandwich bekal kat atas. Price tak silap aku la RM 80.00/perhead return. Fuh mahal weii..
Jalan ke town untuk naik kat atas
Time ne ada macam keraiaan so Datuk Bandar turun
Pakaian Tradisi orang Austria, unik nye
To la Datuk Bandar dia Women ko!!
Oh bangunan Congress patut la dekat area sini derang buat perarakkan
North Inn River, View dari Marktplantz
Lepas satu bus, satu bus lagi penuh. Eh hari Ahad memang aktiviti warga tempatan naik ke atas nak main ski or parachute. Tungu punya tunggu eh Pak Alem cakap naik cable car la. Pergi la walk kat area Cable Car Eh asal tak de orang ne. Tanya kaunter loh... patut la tak de orang Cable Car tak boleh naik ada masalah teknikal. Then tak de rejeki nak naik. Aloh sedihnye.. But then merayap la dekat dalam Cable Car to baca info, sekali kaunter pangil cakap eh boleh guna.. Alhamdulillah.
Laman Web Cable Car Nordkette
Kat laman web ne semua info ada, booking tiket pun boleh. Ok layan picture.
Beg silang ne aku beli dekat Italy
Lamb Skin memang tahan sampai 2018.
€ 20.00 seingat aku
Fuh angin nye buat kulit ku kusam
(letak lotion muka banyak tau)
Hoyehhh dah sampai, Spek mata kene bawa sebab silau duk atas to
Dah macam aku ne teror main sky
Jatuh kang Abah
Merasa jugak Salji, tak tebal sangat
Lepak minum & makan Bekal Sandwich
Time ne abah aku sibuk sembang ng minah saleh
Aku climb naik atas sikit sebab nak tgok dari view atas.
(abah aku mula tak ikut lama ikut gak)
Naik lagi atas. Make sure kasut sport kalis air ye
Dah sampai
Tak best kalo tak Hupload Video
Dah turun ke bawah
Abah la ne suh aku snap pic dekat Kereta Idaman dia
Konsep rumah ne Klasik macam rumah Melayu pulak kayu + ukiran
Ne la pintu masuk/keluar ke Cable Car
Nordkette Cable Car Station
Bunga dah start berkembang
(Spring time is coming Soon)
Ok, sambung nanti part 8 jejalan & Shopping dekat PRIMARK.
No comments:
Post a Comment