Sunday, October 7, 2018

Austria, German & Italy Mak & Atuk 2013 - Part 2

continue:-

Dah macam belacan wei duk dalam flight, touch down dekat Munich Airport, Germany around 8.00+ am tarikh 16.04.2010. Fuh lega alhamdulillah kematu montot dengan urat kentut ne tekeluar rasanye. lepas turun to mak kentut puas-puas bahahahahahaha.. angin wei duk dlm kapal terbang to coffee kacang. Pak Alem dah tunggu kitaorang. Masuk toilet dulu buang mana patut. 


Area Munich Airport 
 Yeh muka happy la 
(Pameran kereta AUDI) 
Zaman to orang M'sia masih jakun dekat brand car AUDI 

 Pak Alem tengah beli tiket naik train ke Innsbruck, Austria 

Dari Munich Airport kene ambik S-Bahn Comuter train untuk ke downtown Germany, ok jadual perjalanan :-

  • S-Bahn laluan S1 dari Munich Airport, pergi ke Ostbahnhof (53 minit) berhenti sekejap di laluan ke Hautpbahnhof (45 minit) dan Marienplatz (48 minit).

  • S-Bahn laluan S8 dari Munich Airport, pergi ke Passing (50 minit) berhenti sekejap di laluan ke Ostbahnhof (33 minit), Marienplatz (38 minit) dan Hauptbanhof (41 minit).


Lepas beli tiket ikut laluan S8 sebab nak pergi ke downtown Germany jalan2 sekitar sana dan cari makanan. 

 English & Germany language 

 Map Train (Ha baca!! aku pening) 

Stesen Komuter Stop at Ostbahnhof 

Laluan ke Hauptbahnhof tempuh stesen Ostbahnhof then 41 minit sampai la di sana. Benda pertama kene tingalkan bagasi Mak yamen yang bagak, hangkut bagak sebab nk shopping dekat sana (baju yamen & Zu). Tempat tingalkan bagasi ne yang paling murah dan selamat. Ok then jalan kaki sekitar sana. Penat wooooo... dengan Jet leg nye.


Munich Hauptbahnhof Locker 

 Price Standard locker €3.00, larger locker €5.00 / day

Munchen Hauptbahnhof Train Station (We were here 2010)

 Banyak Train ikut destinasi masing2 (jangan salah laluan ye) 

 Decided to walk around Germany town & cari makanan Halal

 Kedai Kebab banyak, siap ada signboard HALAL 

KFC is NOT HALAL at Munich

 Yummy tapi sayang tak Halal

Kota lama di Jaga Rapi

 LV paling Hot (Aku tak berkenan)

 Pengemar LV kaya riban boleh la beli 

 Fresh Strawberry (manis buah ne) €1.00 aje 

 Gereja Frauenkirche 

Atuk Kemain lagi 

Muzium BMW

Pusing2 sekitar town bosan pulak tengok orang lepak minum beer, pak Alem ajak g muzium BMW sebab atuk pun suke bab automotive ne. Dari stesen komuter Munchen Hauptbahnhof Train Station ke Muzium BMW 20 minit dengan menaiki tren. 


HQ BMW 

 Eh... memang tak teror la bab Enjin

 Rolls Royce Mak Yamen (herher) 

 Sport Car BMW Red Hot 

 BMW i Concept 

 
Yes!! BMW White Color merasa jugak bawa walaupun tak bergerak (harharhar)

Helin Doner Restaurant

Lepas puas tengok BMW so decided untuk patah balik ke stesen komuter Hbf tadi untuk balik ke Innsbruck. Lapar dah melanda perut masing2. Cari la kedai kebab area town tadi iaitu Helin Doner Restaurant kepunyaan orang Turkey. Kebanyakkan harga sekitar € 7.00-€ 10.00 ikut jenis daging kebab.

Sedap bak hang!!! Fries & kebab Marvelous sekitar € 7.00 (kira murah la)

 Kaunter & Menu pilihan (ko pilih je mana nak siap ada Harga lagi)



Lepas kenyang atuk ajak pergi Masjid terdekat, dekat Munich ne tak pangil Mosque tapi panggilan Darul Quran. Solat Jamak kejap, sunyi je tak de orang. Then bertolak balik ke Stesen komuter Hbf tadi.



Sambung pulak nanti part 3 on the way to Innsbruck, kang semua tanam dalam part 2 muntah hijo kuning korang nak baca. Aku pun penat dah duk igat balik memori 8 tahun sudah, mujur ada pakcik google leh jugak aku imbas tempat pergi dulu kan senang ingatan pulih kembali.. arkhs. 



No comments:

Post a Comment